Selasa

Sirih Junjung Gold n Bronze Theme


Kali ini saya feature kan gubahan sirih junjung terbaru untuk hantaran bertemakan Bronze dan Gold. Pada asasnya Bunga yang digunakan adalah mawar dan orkid. It's an elegant and contemporary design that will definitely make your hantaran extra-looking good!
Posted by Picasa

Hantaran Fresh Flowers Red and White Theme


Excuse me for the odd looking picture, this is what happened when you got too busy n tired making hantaran for four weddings in that week. Tak sempat nak ambil photo betul2, rombongan dah sampai untuk collect hantaran pagi tu. Basically warna tema adalah merah dan putih. Instead of  the usual red roses, I chose red lilies, capsicum and white eustomas. Close ups are just one click away..

Bunga Pahar Bear Blue Theme


Lain dari yang lain. Bunga Pahar Bear dengan chocolate heart shape bertemakan warna biru putih dan silver. For your information, design ini adalah untuk sebuah perkahwinan. Feedback from people are very positive actually. Ramai yang suka sgt sebab nanti boleh bagi pada anak n cucu. My partner yang tolong i buat bunga pahar ni tanya why only 70 pieces why not 7000? She must love it so much obviously!!

Hantaran Fresh Flowers Pink Theme

No one can beat the power of pink when it comes to sweetness! Asha ni berkenan sangat dengan hantaran yang saya pernah feature awal-awal dulu ie 'Hantaran English rose pink n green'. Fresh flowers with two tones of pink adalah asas kepada warna bunga, design seakan-akan sama tapi tak serupa. Boleh compare kalau suka...well kita takkan la nak buat sebijik, tak challenging la kan? Selamat Bertunang my dear Asha, thank you for your generosity kakak doakan kebahagian sehingga ke jinjang pelamin!

Hantaran Turquoise Theme

Jarang juga memilih turquoise sebagai warna tema hantaran tapi itu yang membuat ia nampak menarik kerana berlainan dari kebiasaan. Bunga Dip digunakan sebagai bunga dulang dalam bentuk bunga tulips. Please click on caption to see close-ups.

Akad Nikah Hand Bouquet Peach Theme

My attempt at making a hand bouquet for a peach theme akad nikah. I used some fresh  eustomas,  roses and baby breathes with big long ribbons. It's really really sweet n refreshing indeed. Sesuai juga untuk majlis persandingan, in fact boleh direcycle semula sebab bunga-bunga ni boleh tahan lama juga!

Hantaran Bronze dan Gold Theme


Warna mewah seperti gold memang sering menjadi pilihan untuk hantaran perkahwinan. Set hantaran di atas menggunakan combination gold, bronze, brown dan cream. My aunty, Datin Latifah ni cerewet juga orangnya. After two times making samples bunga dulang, barulah dapat approval..Bukan apa yang first dulu colour tak kena. Makngah nak bunga dulang simple tapi colour bronze dan a little bit of cream tu je, said my cousin Kak Lily. Hehe takpe makngah, i don't mind at all actually! Alhamdullillah akhirnya diluluskan dan inilah hasilnya. Memang bling bling habis apa lagi menggunakan set bekas-bekas riccardo. Sila klik caption untuk melihat gambar-gambar close-up.

Bunga Telur Foam Purple

Warna purple sebagai tema kenduri aqiqah adalah sesuai untuk baby boy mahupun baby girl. Doorgifts yang sepadan dengan tema adalah yang terbaik dan lebih menarik lagi jika bunga telur pun se 'cute' dan se 'comel' si kecil. Design dalam foto di atas terdiri daripada bentuk bear, botol susu dan muffin. Harga RM3.00 satu sahaja, with chocs or telur RM3.50.

Jumaat

Hantaran Fresh Flowers White n Gold Theme

Set hantaran fresh flowers yang saya gubah ini adalah sesuai untuk tema gold dan putih, rekaan untuk pasangan pengantin bahagia Dilla dan Khairi, just lastnight.  Sila klik pada caption pada gambar untuk gambar-gambar close up. Excuse me for my lack of photographing skill heheh

Isnin

Sirih Junjung Purple Theme

My third sirih junjung for the weekend featured another version of the flower ball (or lotus) design with a purple theme colour. I knew you would love it Miss Munirah because I loved it too! Congrats on your engagement dear! Kahwin nanti tempah lagi okay..

Sabtu

Sirih Junjung Pastel Blue

It's so fun making sirih junjung when you have all the right colours! I love this design for its colour combination which is somewhat rare but really works for a blue base theme. Well this customer of mine wanted something that was quite easy to travel along with as he had to drive to Perak for the majlis akad. Something small and sweet. Well sweetness is my middle name!!

Sirih Junjung Yellow and White

Sirih Junjung sebegini sesuai untuk hantaran yang agak mewah, maklumlah banyak menggunakan daun sirih dan bunga-bunga seperti eustoma, mawar dan sundal malam. Lebih tinggi harganya jika banyak menggunakan bunga pinang dan kapur. Warna tema yang boleh disesuaikan adalah seperti silver, white, gold dan green (tempahan di atas adalah untuk hantaran kahwin bertemakan warna silver). Design begini pun selalu diminati oleh golongan yang lebih senior kerana kemeriahannya. Sure to stand out!

Selasa

Cradle Red and White Theme

'
Tema Merah dan putih menjadi pilihan Pn Nora iaitu ibu kepada baby Qistina dari Bukit Beruntung. Biarpun warna tema ini bukanlah sesuatu yang konvensional, tetapi tetap nampak menarik terutamanya apabila dipadankan dengan princess cradle seperti gambar di atas.  Simple tetapi sangat elegan!

Ahad

Cradle Pink Theme

Cukur Jambul cucu pertama customer saya last weekend bertemakan warna merah jambu dengan specific request ingin memilih buaian yang boleh diayun lebih. Cradle di atas memang sangat sesuai untuk permintaan sebegini. Rupanya ada sesetengah kumpulan marhaban yang kebiasaannya membuai baby sambil bermarhaban. Check out the strings attached! Ni ramai boleh sama-sama ayun sekali kan? Masa we all testing that day, baby Safiyah happy sangat kena buai sambil ketawa kecil, umur baru je 2 bulan bukan main excited lagi!

Rabu

Bunga Pahar Olive Green



Bagi yang telah memilih tema Olive Green atau Hijau Lumut untuk majlis persandingan anda, design bunga pahar daripada stokin ini dirasakan amat sesuai. Sila hubungi saya untuk tempahan selewat-lewatnya dua bulan sebelum majlis diadakan. Minimum kuantiti adalah sebanyak 100 unit.

Birthday Doorgift Bear Theme MOD style

 

Hi, I'm currently in the process of making this supercute doorgift suitable for a Bear Theme Birthday Party. Just look at the combination colours of pink, turquoise and brown. This colour combination is typically associated with the mod style that is somehow an 'in' thing lately though it would be more fun if I could find polka dot ribbons! But anyway the making of this is quite time-consuming compared to my other bear designs, so the quickest i could do for 100 unit order is about 2 1/2 weeks. Min order is 50 units and price starts from RM5.00.
Posted by Picasa

Sabtu

Cradle Maroon & Pink Theme

First time a customer asked for a maroon themed cradle, I thought it would look rather dull. But when mixed with a little bit of pink the result was hoala! I guess the yellow wall also helped to "naikkan" the seri of the colour, rite! Taburan rose petals di atas platform dan juntaian bunga melur di atas mosquito net akan mengindahkan lagi hiasan buaian. Tahniah Puan Faeza dari Bangi di atas kelahiran baby girl yang I suka sgt namanya Seri Lela.

April Project Bunga Telur Foam

April has been a busy month for Bunga Telur Foam. I even had to employ a friend to help me with making the hundreds of orders that I got. Alhamdulillah..rezeki kan?  These are some of the bunga telur, some are for aqiqah and some for birthdays. Ada yang tak dimuat turunkan sebab design telah dimasukkan dalam entry terdahulu. Next week ada lagi satu tempahan yang special...just wait for more updates yea! Price now only RM3 without eggs or chocs; RM3.50 with.

Khamis

Bunga Dip Nude Original

Bunga Dip sekarang ni dh macam2 dimodify, letak glitter la, crystals la sampai jarang kita lihat bunga dip digunakan seperti asalnya. Actually effectnya sgt menarik jika dibiarkan plain, especially di waktu malam bila disinari lampu...transparent dan berkilat2 bunga dip turquoise ni. Call me weird, but I really prefer the nude and original dip flowers..natural and original! Tulips yg simple dan colour yg plain haha tapi bila digubah jadi unik juga kan? Takpe la saje2 design tapi akhirnya saya rasa akan letak juga benda kenit2 tu atas petalsnya nnti.

Bunga Telur Stokin Gold

Baru first time design bunga telur gantung, ini pun customer juga yg request.  Colour bunga stokin ini two tones - Yellowish gold and brown. Ia tidaklah terhad kepada warna-warna ini sahaja, sudah tentu boleh menggunakan warna lain yang sesuai dengan tema anda. Untuk mendapatkan harga yang lebih baik, chocolate Ferrero Rocher boleh diganti dengan homemade chocolates yg secantik dan sesedap. Lebih banyak kuantiti yang ditempah, lebih murah harga chocolates.

Bunga Telur Bear Gold for Wedding

The same customer di atas juga minta tolong buatkan sample bunga telur/pahar Bear for her wedding...but last-last tak jadi pula coz her nenek request bunga telur yg traditional skit. But some ppl yg dh tgk in real life mmg suka kat sgt kat design ni. So I nak tolak this bunga telur/pahar to anybody with special price...nak tau brape...sms or email me k! Hint: My price tak sampai rm8.00 incl chocolate heart shape.

Bunga Dulang Satin for Amin


Time my cousin, Amin bertunang dulu, hantarannya dibuat drpd fresh flowers but untuk majlis akadnya nnti, kakak Si Amin ni request for bunga artificial from Satin pula...At first plan nak buat theme bronze n brown...but macam tak berapa menarik colour tu, according to my sifu, so kita minta tukar colour yang lebih striking! Inilah hasilnya setelah satu mlm bertarung mata tak tido2. Ntahla pasal pe tah excited sgt nih? So..jeng jeng jeng...rusty orange n pink bersatu bergabung...meletop ke? (This pic terlebih flash I think nmpak mcm terang sgt coz sebenarnya it looks very sweet and glittery)

Rabu

Bekas Hantaran Riccardo untuk disewa

Lazimnya, untuk majlis perkahwinan, kebanyakan orang menggemari hantaran yang nampak simple tetapi mewah. Bekas-bekas berwarna keemasan dan silver memang dapat menyerlahkan keanggunan sesuatu hantaran tetapi agak mahal harganya, kan? Ada yang sanggup berbelanja tinggi sehingga ribuan ringgit...bekas sahaja sewa dah mahal, isi hantarannya lagi. Bagaimana pula yang kurang mampu tetapi tetap mahu memilih konsep mewah? Sweetnrosy ingin membantu anda untuk merealisasikan keinginan anda untuk sama-sama menghiasi hantaran anda dengan bekas-bekas hantaran Riccardo ini dengan harga sewa yang sangat murah. So, kalau nak tahu berapa, sms atau email saya sekarang ok!

*Terdapat pelbagai lagi bekas dan dulang hantaran mewah seperti di atas dengan saiz dan bentuk berbeza supaya dapat disesuaikan dengan isi hantaran. .

Isnin

Hantaran Fresh Flowers for Zaza

Last weekend adalah hari bersejarah buat Zaza yang baru melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka dari negeri Kelatan. Jadi, hantaran dari Zaza mestilah direka dengan praktikal supaya senang dibawa pulang dari Kuala Lumpur. Zaza teringin sangat nak menggunakan fresh flowers so saya buatkan hantarannya penuh dan padat dengan bunga, nasiblah dapat diskaun yang banyak dari florist! Puas hati Zaza, bertepuk-tepuk tangan dia bila kita deliver hantarannya masa tu! ..Selamat Pengantin Baru Zaza..semoga mekar menguntum kebahagian Zaza dan suami berdua!

Kalau ada sesiapa yang berminat, harga sirih junjung di atas adalah RM95.00 sahaja. Upah untuk hantaran fresh flowers sebegini adalah RM35.00 sebuah hantaran. Kos/sewa dulang, alas, bunga, bekas-bekas dan ribbons tidak termasuk lagi. Anda boleh membelinya sendiri kalau mahu (Bunga selalunya saya yang pilih). Kek hantaran juga disediakan.  Insyaallah Sweetnrosy akan design yang terbaik untuk anda!

Cradle Blue Theme

Dah lama juga tidak mendapat tempahan untuk cukur jambul baby boy. Kebanyakannya untuk baby girl sahaja. Gambar adik di atas ni sebenarnya kakak kepada baby tu, namaynya Khayra. Rajin menolong aunty Lisa menyiapkan cradle di rumahnya, yelah saya datang berseorangan hari tu. Spotting pula tu bila disuruh berposing! Thank you darling... Bunga Telur Soft Teddy pun diorder oleh mamanya yang fotonya telah pun dimasukkan ke dalam entry saya yang dulu. SweetnRosy tertunggu2 siapalah baby boy yang seterusnya ni.....

Rabu

Cradle & Bunga Telur Bear Purple Theme


Alhamdulillah sepanjang 2010, setiap bulan sweetnrosy menerima tempahan buaian dan bunga telur untuk kenduri Aqiqah. Nampaknya semakin ramai kalangan ibu bapa yang begitu excited untuk meraikan kelahiran anak-anak mereka dengan mencadangkan pelbagai tema sebagai asas hiasan. Baru-baru ini saya cuba menyiapkan buaian dan bunga telur bertemakan warna purple atau lilac untuk baby girl. Belum siap sepenuhnya ni, saja ambil gambar sebab takut terlupa nanti. (kejadian yang selalu berlaku!). Yelah, kita ni pasang peralatan malam-malam di rumah orang..bila dah penat tu terus balik je lupa nak snap photos dulu. Konsep 'sweetnrosy' sebenarnya simple tetapi memuaskan, kerana itu harga kami sangat berpatutan. Backdrop, buaian, aksesori dan platform ni sewa keseluruhan hanyalah RM 280.00 sahaja tidak termasuk caj delivery. Bunga Telur yang anda lihat hanya RM3.50 satu sahaja.  Sila tempah at least 2 minggu awal ok. Lagi cepat lagi bagus takut tarikh anda telah direserve untuk pelanggan lain!

*berbangga kerana berjaya menarik umat Islam mengadakan Kenduri Aqiqah yang merupakan amalan sunat yang amat digalakkan tetapi jarang dilakukan masa kini.

Sabtu

Pelamin kecil dan Khidmat Lain


Ini adalah salah satu contoh pelamin kecil yang sesuai untuk majlis pertunangan atau akad nikah yang simple tetapi manis, tidak merugikan ruang anda dan dapat disewa dengan harga yang sangat berpatutan! Warna boleh diubah mengikut tema majlis dan jika mahu menambah aksesori lain seperti lampu spotlight dan fairy lights pun boleh, terutamanya untuk majlis yang berlangsung pada waktu malam. Sweetnrosy juga boleh menyediakan hantaran , sirih junjung, bunga pahar, decorative cake, cupcakes, muffins, doorgifts, dan catering untuk majlis anda. Tetapi tempahan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum majlis kerana kami sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan. Walau pun begitu, kes-kes emergency masih boleh dirundingkan lagi selagi tempahan anda tidak begitu rumit. Satu lagi, ada juga pelanggan yang memerlukan khidmat event manager mungkin kerana tidak cukup atau tidak mempunyai orang-orang tertentu yang arif dan berupaya menguruskan majlis anda dengan baik dengan bayaran upah hanya sebanyak RM500.00. Kami juga boleh mencari MC yang berpengalaman dengan bayaran sebanyak RM650.00 sahaja untuk majlis di rumah atau di dewan. Ada pelbagai servis lagi yang kami dapat tawarkan, tetapi anda harus menghubungi kami dahulu untuk sessi perbincangan yang lebih khusus.
Posted by Picasa

Jumaat

Bunga Telur Bear Blue Feather Theme


Hi everyone! I just designed a soft teddy bunga telur for Yatie from Keramat. This cutie is going for RM4.50 without the egg or chocolate. Colour apa2 pun boleh..blue, yellow, pink, green.. and kalau rasa nak tambah lagi hiasan add RM0.10 for each. Anda boleh pilih nak tambah pearls, flowers, ribbon dll tapi yang dalam gambar di atas adalah bunga telur with feathers.So what's the waiting for? Order your bunga telur NOW!
Posted by Picasa

Khamis

Bunga Telur Foam Wedding Pink & Green

 
Ini adalah 8 contoh design bunga telur yang telah ditempah oleh Cik Rosma sebagai doorgift majlis yang akan diadakan di Kelantan. Theme majlis adalah berwarna hijau dan beliau meminta saya menyiapkan bunga-bunga telur comel berbentuk Baju Kebaya, Beg Tangan, Kek 3 Tier dan Payung untuk tetamu dewasa manakala kanak-kanak pula akan menerima design Bunga Tulip, Rama-rama, Cupcake dan buah Strawberi. So anda berani tak mencipta kelainan dalam majlis anda nanti?  Harga adalah sebanyak RM3.00 seunit dan minimum kuantiti adalah sebanyak 50 unit. Pasti ramai tetamu yang tertarik dan berebut-rebut sesama sendiri. Saya juga cukup berpuas hati dengan the hasil kerja biarpun jari jari ni lekat lekit dengan Gam UHU. Seperti pemandangan di taman bila bunga-bunga telur ini dikumpulkan sekali, kan? 

Isnin

Cradle LATEST "PrincessDesign"

Ya, unik sekali design terbaru cradle atau buaian untuk cukur jambul/aqiqah dari Sweet n Rosy. Dengan ukiran kayu yang sangat klasik, memang susah nak cari cradle sebegini.  Ia dipanggil "PrincessCradle" atau "Chelsea Cradle" oleh sesetengah orang , tetapi sesuai untuk both baby boy and girl. Boleh digoyangkan juga.  Pada pendapat saya, cradle ini tidak perlu dihiaskan dengan bunga sebab ia dah cukup menawan.  Mungkin flower stands di kedua-dua sisi cradle lebih sesuai.  Harga sewa cradle adalah RM150.00 sahaja. Harga jual pula adalah sebanyak RM800.00 sahaja. Yes, It is also for sale. Murah ni, harga export lebih dari RM1500 tau. Nak tambah accesories seperti bantal, bolster dan tilam bermaterialkan sutera/silk sewanya hanya RM40.00. Jangan lupa visit link Cukur Jambul/Aqiqah untuk lain-lain keperluan kenduri anak anda!

Sewa Bekas Hantaran - Designer Stainless Steel


Satu lagi bekas hantaran untuk disewa, bagi yang meminati konsep yang nampak indah, mewah dan pasti mendapat perhatian. Bekas ini bentuknya bulat (seperti loyang) dan cukup besar untuk sebarang hantaran (lebih kurang 42cm lebar). Paling sesuai jika digabungkan dengan fresh flowers yang disusun rapat-rapat di sekeliling barang hantaran yang anda letakkan di tengah-tengah. Dengan artificial flowers pula, anda boleh selitkan sahaja di beberapa celah bekas ini secara rambang atau menjalar. Buat masa ini 7 unit sahaja available. Harga sewa setiap unit adalah RM25 sahaja.

Cradle Retro Classic!

Cradle dari Sweetnrosy ini sewanya RM100.00 sahaja. Boleh dibuai atau dikunci supaya tidak bergerak. Designnya hampir sama seperti cradle01 dalam page Cukurjambul dan Aqiqah yang sudah agak berusia (24 tahun). Dalam ertikata lain, cradle ini adalah replacement kepada cradle01 itu. Sangat 'sweet' kalau dihias dengan fresh flowers seperti yang dilihat di dalam gambar. Charge untuk fresh flowers ni termasuk upah ialah paling minimum RM90.00. Saya menggunakan  pelbagai jenis bunga mengikut stock availability di florist. Gambar di atas adalah contoh design menggunakan bunga Daisy, Hydrangea dan Eustoma. Artificial flowers pun boleh dan percuma sahaja tetapi saya rekemen bunga segar la sebab hasilnya jauh berbeza dan nampak lagi kelassss! So, interested tak? Hubungi saya asap untuk tempahan ok.
Posted by Picasa

Rabu

Sewa Bekas Hantaran (Kayu Putih Berukir)




Bekas Hantaran Kayu berwarna putih ini adalah design terkini yang sangat simple tetapi menawan.  Boleh disewa pada harga RM10.00 sahaja. Bentuk segiempat tepat (rectangle) dan segiempat sama (square) campuran disediakan.

Selasa

Sewa Dulang Hantaran Bronze Porcelain


Sesiapa yang berminat untuk mencuba kelainan dalam memilih dulang hantaran mungkin mahu menyewa dulang istimewa ini dengan harga Rm10 setiap satu. Saya cadangkan hanya perlu menggunakan alas dulang yang transparent sahaja agar ukiran dulang ini dapat dilihat. Penggunaan jenis bunga tidak terhad, nak pakai fresh flowers ke, fake flowers ke, bunga dip, bunga organza, satin dll semua boleh dan tampak eksklusif.