Sabtu

Pelamin kecil dan Khidmat Lain


Ini adalah salah satu contoh pelamin kecil yang sesuai untuk majlis pertunangan atau akad nikah yang simple tetapi manis, tidak merugikan ruang anda dan dapat disewa dengan harga yang sangat berpatutan! Warna boleh diubah mengikut tema majlis dan jika mahu menambah aksesori lain seperti lampu spotlight dan fairy lights pun boleh, terutamanya untuk majlis yang berlangsung pada waktu malam. Sweetnrosy juga boleh menyediakan hantaran , sirih junjung, bunga pahar, decorative cake, cupcakes, muffins, doorgifts, dan catering untuk majlis anda. Tetapi tempahan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum majlis kerana kami sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan. Walau pun begitu, kes-kes emergency masih boleh dirundingkan lagi selagi tempahan anda tidak begitu rumit. Satu lagi, ada juga pelanggan yang memerlukan khidmat event manager mungkin kerana tidak cukup atau tidak mempunyai orang-orang tertentu yang arif dan berupaya menguruskan majlis anda dengan baik dengan bayaran upah hanya sebanyak RM500.00. Kami juga boleh mencari MC yang berpengalaman dengan bayaran sebanyak RM650.00 sahaja untuk majlis di rumah atau di dewan. Ada pelbagai servis lagi yang kami dapat tawarkan, tetapi anda harus menghubungi kami dahulu untuk sessi perbincangan yang lebih khusus.
Posted by Picasa

Jumaat

Bunga Telur Bear Blue Feather Theme


Hi everyone! I just designed a soft teddy bunga telur for Yatie from Keramat. This cutie is going for RM4.50 without the egg or chocolate. Colour apa2 pun boleh..blue, yellow, pink, green.. and kalau rasa nak tambah lagi hiasan add RM0.10 for each. Anda boleh pilih nak tambah pearls, flowers, ribbon dll tapi yang dalam gambar di atas adalah bunga telur with feathers.So what's the waiting for? Order your bunga telur NOW!
Posted by Picasa

Khamis

Bunga Telur Foam Wedding Pink & Green

 
Ini adalah 8 contoh design bunga telur yang telah ditempah oleh Cik Rosma sebagai doorgift majlis yang akan diadakan di Kelantan. Theme majlis adalah berwarna hijau dan beliau meminta saya menyiapkan bunga-bunga telur comel berbentuk Baju Kebaya, Beg Tangan, Kek 3 Tier dan Payung untuk tetamu dewasa manakala kanak-kanak pula akan menerima design Bunga Tulip, Rama-rama, Cupcake dan buah Strawberi. So anda berani tak mencipta kelainan dalam majlis anda nanti?  Harga adalah sebanyak RM3.00 seunit dan minimum kuantiti adalah sebanyak 50 unit. Pasti ramai tetamu yang tertarik dan berebut-rebut sesama sendiri. Saya juga cukup berpuas hati dengan the hasil kerja biarpun jari jari ni lekat lekit dengan Gam UHU. Seperti pemandangan di taman bila bunga-bunga telur ini dikumpulkan sekali, kan? 

Isnin

Cradle LATEST "PrincessDesign"

Ya, unik sekali design terbaru cradle atau buaian untuk cukur jambul/aqiqah dari Sweet n Rosy. Dengan ukiran kayu yang sangat klasik, memang susah nak cari cradle sebegini.  Ia dipanggil "PrincessCradle" atau "Chelsea Cradle" oleh sesetengah orang , tetapi sesuai untuk both baby boy and girl. Boleh digoyangkan juga.  Pada pendapat saya, cradle ini tidak perlu dihiaskan dengan bunga sebab ia dah cukup menawan.  Mungkin flower stands di kedua-dua sisi cradle lebih sesuai.  Harga sewa cradle adalah RM150.00 sahaja. Harga jual pula adalah sebanyak RM800.00 sahaja. Yes, It is also for sale. Murah ni, harga export lebih dari RM1500 tau. Nak tambah accesories seperti bantal, bolster dan tilam bermaterialkan sutera/silk sewanya hanya RM40.00. Jangan lupa visit link Cukur Jambul/Aqiqah untuk lain-lain keperluan kenduri anak anda!

Sewa Bekas Hantaran - Designer Stainless Steel


Satu lagi bekas hantaran untuk disewa, bagi yang meminati konsep yang nampak indah, mewah dan pasti mendapat perhatian. Bekas ini bentuknya bulat (seperti loyang) dan cukup besar untuk sebarang hantaran (lebih kurang 42cm lebar). Paling sesuai jika digabungkan dengan fresh flowers yang disusun rapat-rapat di sekeliling barang hantaran yang anda letakkan di tengah-tengah. Dengan artificial flowers pula, anda boleh selitkan sahaja di beberapa celah bekas ini secara rambang atau menjalar. Buat masa ini 7 unit sahaja available. Harga sewa setiap unit adalah RM25 sahaja.

Cradle Retro Classic!

Cradle dari Sweetnrosy ini sewanya RM100.00 sahaja. Boleh dibuai atau dikunci supaya tidak bergerak. Designnya hampir sama seperti cradle01 dalam page Cukurjambul dan Aqiqah yang sudah agak berusia (24 tahun). Dalam ertikata lain, cradle ini adalah replacement kepada cradle01 itu. Sangat 'sweet' kalau dihias dengan fresh flowers seperti yang dilihat di dalam gambar. Charge untuk fresh flowers ni termasuk upah ialah paling minimum RM90.00. Saya menggunakan  pelbagai jenis bunga mengikut stock availability di florist. Gambar di atas adalah contoh design menggunakan bunga Daisy, Hydrangea dan Eustoma. Artificial flowers pun boleh dan percuma sahaja tetapi saya rekemen bunga segar la sebab hasilnya jauh berbeza dan nampak lagi kelassss! So, interested tak? Hubungi saya asap untuk tempahan ok.
Posted by Picasa