Khamis

Bunga Telur Foam Wedding Pink & Green

 
Ini adalah 8 contoh design bunga telur yang telah ditempah oleh Cik Rosma sebagai doorgift majlis yang akan diadakan di Kelantan. Theme majlis adalah berwarna hijau dan beliau meminta saya menyiapkan bunga-bunga telur comel berbentuk Baju Kebaya, Beg Tangan, Kek 3 Tier dan Payung untuk tetamu dewasa manakala kanak-kanak pula akan menerima design Bunga Tulip, Rama-rama, Cupcake dan buah Strawberi. So anda berani tak mencipta kelainan dalam majlis anda nanti?  Harga adalah sebanyak RM3.00 seunit dan minimum kuantiti adalah sebanyak 50 unit. Pasti ramai tetamu yang tertarik dan berebut-rebut sesama sendiri. Saya juga cukup berpuas hati dengan the hasil kerja biarpun jari jari ni lekat lekit dengan Gam UHU. Seperti pemandangan di taman bila bunga-bunga telur ini dikumpulkan sekali, kan?