Sabtu

Last Minute Hantaran Part 2

Cincin
tafsir & tasbih
sejadah
bekas makanan (baulu, strawberry)

Ini dia hantaran dari sebelah perempuan yang saya telah siapkan dalam masa 2 hari! Simple tetapi menjadi juga, alhamdulillah...bolehlah, asalkan pelanggan berpuas hati! Tetapi tak bolehlah buat selalu kan...memang kelam kabut kita dibuatnya. Lagilah bila semua barang seperti dulang dan bunga-bunga kita juga yang kena cari dan siapkan within a very short time.

Last Minute Hantaran Part 1

Kasut
handbag


kain lace
tepak sirih
barang kemas, cek hantaran & mas kahwin


Kebiasaannya pelanggan perlu membuat tempahan hantaran awal dari tarikh majlis..selalunya sebulan awal dan at least 2 minggu akan diperuntukkan untuk menyiapkan kerja-kerja membuat hantaran. Tetapi ada juga yang terlupa atau terlewat atau terubah fikiran (dah beberapa kali terjadi!) Bergantung pada keadaan, ada kalanya saya terima juga tempahan dari pelanggan yang mempunyai masalah sebegini, dan selalunya saya menasihatkan bahawa hantaran fresh flowers adalah lebih sesuai. Walau bagaimanapun, artificial flowers boleh juga digunakan seperti di dalam gambar  di sini. Bayangkan  saya hanya mempunyai masa 3 hari untuk menyiapkan 5 set hantaran! Yang lagi 2 hari pula untul menyiapkan hantaran sebelah pihak yang lagi satu pula!! Nasib baiklah sedara kita...



      

Jumaat

Bunga Telur Foam Wedding Theme Pink Silver & Cream

Bunga Telur Foam berbentuk baju melayu dan kebaya adalah paling sesuai untuk dijadikan cendera hati majlis perkahwinan. Seperti yang ditempah oleh Cik Murniza dari Seremban, tema warna pink, silver dan cream menjadi pilihannya. Comel dan unik sekali!

Isnin

Sirih Junjung Bertingkat

Kepada sesiapa yang berkenan dengan design sirih junjung yang tinggi (lebih diminati oleh golongan lama) ini adalah design yang sangat eksklusif, kiranya memang impressive la mak mertua and makcik2 tgk suka sangat. Beginilah zaman dulu-dulu sirih junjung selalunya digubah tinggi. Ni saya design untuk hantaran adik saya sendiri so saja mencetus kelainan and up to me lah nak design macamana kan..coz i did it for free hahaha. But jangan terkejut ramai juga golongan muda yang suka sebab nampak traditional jarang dijumpai sekarang...Boleh tempah dari saya kalau anda juga berminat. Fyi sirih junjung ni saya guna daun sirih dan bunga segar sepenuhnya.

Sirih Junjung Round Design



Sirih junjung ni first time saya design walaupun bukan original idea saya...i just try and tgk2 menjadi! Adalah ditambah sedikit sentuhan peribadi. And ramai juga yang memuji cantik...ramai orang minat, so boleh tempah dari saya untuk design sebegini no problem!