Memaparkan catatan dengan label Dulang Hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dulang Hantaran. Papar semua catatan

Jumaat

Sewa Bekas Aluminium Silver






Terdapat Sepuluh Bekas Aluminium berwarna perak/silver pelbagai bentuk dan kegunaan sesuai dijadikan bekas hantaran yang boleh disewa secara set atau berasingan. Satu set boleh disewa dengan harga rm80 sahaja. Harga asing bergantung kepada size:

XL -   RM12  square, round box with lid       (2 unit)
L   -   RM10       square, round box with lid   (3 unit)
M  -   RM8      square, round box with lid      (3 unit)
S   -   RM5       photo frame                            (1 unit)
XS-   RM2    bekas cincin                              (1 unit)

Selasa

Sewa Dulang Silver

 

Dulang berkaki porcelain berwarna silver dan bertatahkan butiran diamente kecil ini tampak ekslusif dan classy, sesuai dijadikan dulang hantaran perkahwinan/pertunangan tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar. Harga Sewa hanya rm15 per dulang, kuantiti stok agak terhad kerana ada 9 unit sahaja yang available. Book early to avoid disappointments!

Ahad

Sewa Bekas Hantaran Ekslusif


Kepada yang berminat dengan bekas hantaran kotak kaca seperti ini, inilah peluang yang dicari-cari. Anda boleh menyewa dari SweetnRosy bermula dari hari ini. Saya cuma ada 6 unit sahaja, yang bersaiz 10" x 10". Sangat ringan, dan mudah dihiaskan. (Bahan bukan kaca tapi "Perspek" actually) Yang paling penting hasilnya nanti pasti tampak ekslusif.

Boleh juga sewa dulang kayu berkaki seperti yang anda nampak di sini. Foam cream ala-ala bantal dengan juntaian batu tu  lain pula harganya, boleh customize.  Pelbagai cara lain boleh digunakan untuk menghias hantaran sebegini.  Antaranya anda boleh menggunakan bunga-bungaan segar yang dicucuk sekeliling kotak kaca ini atau simply letak ribbon sahaja pun dah memadai.

Harga sewa adalah seperti berikut dan anda juga boleh menyewa salah satu sahaja:

Bekas kaca (gold plate, Black velvet base) = RM40 satu
Customized foam                                        = RM10-20 satu
Dulang kayu berkaki                                   = RM10 satu

Kepada yang ingin saya sendiri menyiapkan hantaran lengkap menggunakan bahan-bahan di atas, upahnya adalah sebanyak RM100 satu.

   

Selasa

Sewa Dulang Hantaran Putih


Dulang Hantaran terbaru ini boleh disewa dengan harga rm9 satu. Terdapat 11 unit dan tempoh sewaan adalah selama 2 minggu. Ukuran diameter ialah 29.7cm dan tinggi 22cm. Hanya terdapat dalam warna putih.
Posted by Picasa

Ahad

Dulang Hantaran Berukir Kayu Putih


Dulang berkaki kayu putih berukir ini di atas ini memang sangat cantik untuk dibuat dulang hantaran. Size 29x29cm, harga sewanya hanya RM12 sahaja. Sila buat tempahan segera kalau berminat!

Rabu

Dulang Hantaran Untuk Disewa

Istimewa kali ini buat bakal pengantin baru adalah dulang hantaran berwarna hitam berbentuk bulat. Dulang ini disewakan pada harga rm15.oo seunit. Jumlah unit di dalam stok adalah sebanyak 11 biji. Tempah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh yang dikhendaki. Jangkamasa sewaan adalah selama 2 minggu.
Posted by Picasa

Bekas Hantaran Riccardo untuk disewa

Lazimnya, untuk majlis perkahwinan, kebanyakan orang menggemari hantaran yang nampak simple tetapi mewah. Bekas-bekas berwarna keemasan dan silver memang dapat menyerlahkan keanggunan sesuatu hantaran tetapi agak mahal harganya, kan? Ada yang sanggup berbelanja tinggi sehingga ribuan ringgit...bekas sahaja sewa dah mahal, isi hantarannya lagi. Bagaimana pula yang kurang mampu tetapi tetap mahu memilih konsep mewah? Sweetnrosy ingin membantu anda untuk merealisasikan keinginan anda untuk sama-sama menghiasi hantaran anda dengan bekas-bekas hantaran Riccardo ini dengan harga sewa yang sangat murah. So, kalau nak tahu berapa, sms atau email saya sekarang ok!

*Terdapat pelbagai lagi bekas dan dulang hantaran mewah seperti di atas dengan saiz dan bentuk berbeza supaya dapat disesuaikan dengan isi hantaran. .

Isnin

Sewa Bekas Hantaran - Designer Stainless Steel


Satu lagi bekas hantaran untuk disewa, bagi yang meminati konsep yang nampak indah, mewah dan pasti mendapat perhatian. Bekas ini bentuknya bulat (seperti loyang) dan cukup besar untuk sebarang hantaran (lebih kurang 42cm lebar). Paling sesuai jika digabungkan dengan fresh flowers yang disusun rapat-rapat di sekeliling barang hantaran yang anda letakkan di tengah-tengah. Dengan artificial flowers pula, anda boleh selitkan sahaja di beberapa celah bekas ini secara rambang atau menjalar. Buat masa ini 7 unit sahaja available. Harga sewa setiap unit adalah RM25 sahaja.

Rabu

Sewa Bekas Hantaran (Kayu Putih Berukir)




Bekas Hantaran Kayu berwarna putih ini adalah design terkini yang sangat simple tetapi menawan.  Boleh disewa pada harga RM10.00 sahaja. Bentuk segiempat tepat (rectangle) dan segiempat sama (square) campuran disediakan.

Selasa

Sewa Dulang Hantaran Bronze Porcelain


Sesiapa yang berminat untuk mencuba kelainan dalam memilih dulang hantaran mungkin mahu menyewa dulang istimewa ini dengan harga Rm10 setiap satu. Saya cadangkan hanya perlu menggunakan alas dulang yang transparent sahaja agar ukiran dulang ini dapat dilihat. Penggunaan jenis bunga tidak terhad, nak pakai fresh flowers ke, fake flowers ke, bunga dip, bunga organza, satin dll semua boleh dan tampak eksklusif.

Isnin

Sewa Kotak Hantaran English


Set kotak hantaran English Rose ini terdiri daripada 6 kotak pelbagai size dan bentuk dan telah ditambah pearls disekelilingnya untuk memberi efek yang lebih 'sweet'. Ianya boleh disewa dengan harga RM50.00 sahaja. Tetapi kalau nak sewa sikit-sikit pun boleh, harga sewanya berlainan. Email saya untuk mendapatkan ukuran dan harga sewa setiap satu.
Posted by Picasa

Sewa Tray Hantaran



Tray English Rose ni boleh disewa dengan harga RM5.00 sahaja. Sesuai untuk meletak barang-barang makanan seperti kuih, kek, cupcakes, buah-buahan dan sebagainya