Rabu

Cradle & Bunga Telur Bear Purple Theme


Alhamdulillah sepanjang 2010, setiap bulan sweetnrosy menerima tempahan buaian dan bunga telur untuk kenduri Aqiqah. Nampaknya semakin ramai kalangan ibu bapa yang begitu excited untuk meraikan kelahiran anak-anak mereka dengan mencadangkan pelbagai tema sebagai asas hiasan. Baru-baru ini saya cuba menyiapkan buaian dan bunga telur bertemakan warna purple atau lilac untuk baby girl. Belum siap sepenuhnya ni, saja ambil gambar sebab takut terlupa nanti. (kejadian yang selalu berlaku!). Yelah, kita ni pasang peralatan malam-malam di rumah orang..bila dah penat tu terus balik je lupa nak snap photos dulu. Konsep 'sweetnrosy' sebenarnya simple tetapi memuaskan, kerana itu harga kami sangat berpatutan. Backdrop, buaian, aksesori dan platform ni sewa keseluruhan hanyalah RM 280.00 sahaja tidak termasuk caj delivery. Bunga Telur yang anda lihat hanya RM3.50 satu sahaja.  Sila tempah at least 2 minggu awal ok. Lagi cepat lagi bagus takut tarikh anda telah direserve untuk pelanggan lain!

*berbangga kerana berjaya menarik umat Islam mengadakan Kenduri Aqiqah yang merupakan amalan sunat yang amat digalakkan tetapi jarang dilakukan masa kini.