Assalammualaikum buat semua pembaca blog, musim raya ini tentu ramai yang sibuk mengadakan majlis rumah terbuka. Apakata mencuba ilham dari saya dalam menghiasi meja makan atau meja buffet anda semua. Seperti yang dapat dilihat di dalam keratan majalah Seni Hias bulan September ini, saya telah menggubah lollichocs atau chocolate lollies berbentuk bunga menjadi jambangan yang menarik. Tentu terpesona tetamu-tetamu anda semua.. mudah sahaja untuk membuatnya tetapi kalau tidak sempat melakukan sendiri, boleh tempah dari saya. Harga sekitar rm25-RM60 sahaja dan boleh customise ikut tema pilihan anda. Enjoy your Aidilfitri celebration everyone!