Selasa

Majalah Seni Hias - Featuring my Bunga Telur Bear

Assalammualaikum, Selamat Berpuasa kepada semua...sudah hampir menjelang Syawal tentunya semua sedang sibuk menyiapkan persiapan Hari Raya, kan. Saya sibuk berganda-ganda bukan sahaja untuk beraya tetapi juga menyiapkan tempahan bunga telur yang tidak henti-henti, rezeki di bulan puasa tahun ini sangat baik, alhamdulillah. Pada bulan ini juga, anda boleh melihat wajah saya dan Bunga Telur Bear rekaan saya di dalam majalah Seni Hias ms 84 & 85 di mana saya ada menunjukkan cara-cara membuat Bunga Telur Bear yang 'Simple but Cute'..sangat sesuai dijadikan bingkisan rumah terbuka, bak kata pengarang. Dapatkan majalah Seni Hias hari ini untuk tidak melepaskan peluang!