Khamis

Bunga Dip Nude Original

Bunga Dip sekarang ni dh macam2 dimodify, letak glitter la, crystals la sampai jarang kita lihat bunga dip digunakan seperti asalnya. Actually effectnya sgt menarik jika dibiarkan plain, especially di waktu malam bila disinari lampu...transparent dan berkilat2 bunga dip turquoise ni. Call me weird, but I really prefer the nude and original dip flowers..natural and original! Tulips yg simple dan colour yg plain haha tapi bila digubah jadi unik juga kan? Takpe la saje2 design tapi akhirnya saya rasa akan letak juga benda kenit2 tu atas petalsnya nnti.

Bunga Telur Stokin Gold

Baru first time design bunga telur gantung, ini pun customer juga yg request.  Colour bunga stokin ini two tones - Yellowish gold and brown. Ia tidaklah terhad kepada warna-warna ini sahaja, sudah tentu boleh menggunakan warna lain yang sesuai dengan tema anda. Untuk mendapatkan harga yang lebih baik, chocolate Ferrero Rocher boleh diganti dengan homemade chocolates yg secantik dan sesedap. Lebih banyak kuantiti yang ditempah, lebih murah harga chocolates.

Bunga Telur Bear Gold for Wedding

The same customer di atas juga minta tolong buatkan sample bunga telur/pahar Bear for her wedding...but last-last tak jadi pula coz her nenek request bunga telur yg traditional skit. But some ppl yg dh tgk in real life mmg suka kat sgt kat design ni. So I nak tolak this bunga telur/pahar to anybody with special price...nak tau brape...sms or email me k! Hint: My price tak sampai rm8.00 incl chocolate heart shape.

Bunga Dulang Satin for Amin


Time my cousin, Amin bertunang dulu, hantarannya dibuat drpd fresh flowers but untuk majlis akadnya nnti, kakak Si Amin ni request for bunga artificial from Satin pula...At first plan nak buat theme bronze n brown...but macam tak berapa menarik colour tu, according to my sifu, so kita minta tukar colour yang lebih striking! Inilah hasilnya setelah satu mlm bertarung mata tak tido2. Ntahla pasal pe tah excited sgt nih? So..jeng jeng jeng...rusty orange n pink bersatu bergabung...meletop ke? (This pic terlebih flash I think nmpak mcm terang sgt coz sebenarnya it looks very sweet and glittery)

Rabu

Bekas Hantaran Riccardo untuk disewa

Lazimnya, untuk majlis perkahwinan, kebanyakan orang menggemari hantaran yang nampak simple tetapi mewah. Bekas-bekas berwarna keemasan dan silver memang dapat menyerlahkan keanggunan sesuatu hantaran tetapi agak mahal harganya, kan? Ada yang sanggup berbelanja tinggi sehingga ribuan ringgit...bekas sahaja sewa dah mahal, isi hantarannya lagi. Bagaimana pula yang kurang mampu tetapi tetap mahu memilih konsep mewah? Sweetnrosy ingin membantu anda untuk merealisasikan keinginan anda untuk sama-sama menghiasi hantaran anda dengan bekas-bekas hantaran Riccardo ini dengan harga sewa yang sangat murah. So, kalau nak tahu berapa, sms atau email saya sekarang ok!

*Terdapat pelbagai lagi bekas dan dulang hantaran mewah seperti di atas dengan saiz dan bentuk berbeza supaya dapat disesuaikan dengan isi hantaran. .

Isnin

Hantaran Fresh Flowers for Zaza

Last weekend adalah hari bersejarah buat Zaza yang baru melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jejaka dari negeri Kelatan. Jadi, hantaran dari Zaza mestilah direka dengan praktikal supaya senang dibawa pulang dari Kuala Lumpur. Zaza teringin sangat nak menggunakan fresh flowers so saya buatkan hantarannya penuh dan padat dengan bunga, nasiblah dapat diskaun yang banyak dari florist! Puas hati Zaza, bertepuk-tepuk tangan dia bila kita deliver hantarannya masa tu! ..Selamat Pengantin Baru Zaza..semoga mekar menguntum kebahagian Zaza dan suami berdua!

Kalau ada sesiapa yang berminat, harga sirih junjung di atas adalah RM95.00 sahaja. Upah untuk hantaran fresh flowers sebegini adalah RM35.00 sebuah hantaran. Kos/sewa dulang, alas, bunga, bekas-bekas dan ribbons tidak termasuk lagi. Anda boleh membelinya sendiri kalau mahu (Bunga selalunya saya yang pilih). Kek hantaran juga disediakan.  Insyaallah Sweetnrosy akan design yang terbaik untuk anda!

Cradle Blue Theme

Dah lama juga tidak mendapat tempahan untuk cukur jambul baby boy. Kebanyakannya untuk baby girl sahaja. Gambar adik di atas ni sebenarnya kakak kepada baby tu, namaynya Khayra. Rajin menolong aunty Lisa menyiapkan cradle di rumahnya, yelah saya datang berseorangan hari tu. Spotting pula tu bila disuruh berposing! Thank you darling... Bunga Telur Soft Teddy pun diorder oleh mamanya yang fotonya telah pun dimasukkan ke dalam entry saya yang dulu. SweetnRosy tertunggu2 siapalah baby boy yang seterusnya ni.....

Rabu

Cradle & Bunga Telur Bear Purple Theme


Alhamdulillah sepanjang 2010, setiap bulan sweetnrosy menerima tempahan buaian dan bunga telur untuk kenduri Aqiqah. Nampaknya semakin ramai kalangan ibu bapa yang begitu excited untuk meraikan kelahiran anak-anak mereka dengan mencadangkan pelbagai tema sebagai asas hiasan. Baru-baru ini saya cuba menyiapkan buaian dan bunga telur bertemakan warna purple atau lilac untuk baby girl. Belum siap sepenuhnya ni, saja ambil gambar sebab takut terlupa nanti. (kejadian yang selalu berlaku!). Yelah, kita ni pasang peralatan malam-malam di rumah orang..bila dah penat tu terus balik je lupa nak snap photos dulu. Konsep 'sweetnrosy' sebenarnya simple tetapi memuaskan, kerana itu harga kami sangat berpatutan. Backdrop, buaian, aksesori dan platform ni sewa keseluruhan hanyalah RM 280.00 sahaja tidak termasuk caj delivery. Bunga Telur yang anda lihat hanya RM3.50 satu sahaja.  Sila tempah at least 2 minggu awal ok. Lagi cepat lagi bagus takut tarikh anda telah direserve untuk pelanggan lain!

*berbangga kerana berjaya menarik umat Islam mengadakan Kenduri Aqiqah yang merupakan amalan sunat yang amat digalakkan tetapi jarang dilakukan masa kini.