Menerima tempahan cenderahati dan dekorasi untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, pertunangan, cukur jambul dan aqiqah, sambutan kelahiran, perayaan dan sebagainya. Sila email kepada saya ke M_arlisa@yahoo.com atau sms/whatsapp 0146203878 jika ingin membuat tempahan. -Rosie Marlisa
Selasa
Pelamin Simple Gold & White Theme
Pertama kali Lisa buat pelamin adalah khas untuk my dearest cousin from Seremban. Dia nak yang paling simple, sebab majlis pun kecil-kecilan sahaja katanya. In fact takde pun sessi merenjis. Just nak tempat untuk duduk bergambar sahaja. Lisa pun bukanlah ada lori nak angkut barang besar2 so ini sahajalah yang mampu Lisa sumbatkan dalam kereta Honda Jazz Hybrid Lisa tu..percaya tak? Mmg tak pernah buat pelamin selama ini! Nervous jugak but alhamdulillah my cousin puas hati. Memang sekarang dalam perancangan untuk memulakan biznes pelamin secara serious, tengah sibuk men'design' ni..hehe i just found out a couple of my relatives boleh buat customized pelamin yang Lisa idam-idamkan ..so mmg special la pelamin SweetnRosy nanti ok! huhu..insyaallah lepas Raya tahun ini.
Khamis
Hantaran Fresh Flowers Peach & Biru
Ini juga hasil kerjatangan SweetnRosy yang bertemakan warna Peach dan Biru, menggunakan rehal coklat, sesuai untuk disediakan untuk pihak lelaki. Dari 7 dulang, malangnya yang terselamat hanya 3 hantaran sahaja sebab camera buat masalah! memory card boleh rosak pulak!! Tapi ok lah asalkan ada juga sedikit untuk tatapan anda..
Jumaat
Sewa Bekas Aluminium Silver
Terdapat Sepuluh Bekas Aluminium berwarna perak/silver pelbagai bentuk dan kegunaan sesuai dijadikan bekas hantaran yang boleh disewa secara set atau berasingan. Satu set boleh disewa dengan harga rm80 sahaja. Harga asing bergantung kepada size:
XL - RM12 square, round box with lid (2 unit)
L - RM10 square, round box with lid (3 unit)
M - RM8 square, round box with lid (3 unit)
S - RM5 photo frame (1 unit)
XS- RM2 bekas cincin (1 unit)
Rabu
Hantaran Fresh Flowers Purple & Blue Theme
Menarik sungguh gabungan warna ungu dan biru sebagai tema hantaran ini. Sekali pandang tak percaya yang bunga-bunga yang digunakan adalah bunga segar sebenarnya! Set hantaran seperti ini lengkap dengan perkakas dan bekas-bekasnya disediakan sekali, hanya rm80 per set. Nak request saya belikan cake, chocs dan buah-buahannya pun boleh juga, seperti pelanggan saya ni!
Selasa
Sewa Dulang Silver
Dulang berkaki porcelain berwarna silver dan bertatahkan butiran diamente kecil ini tampak ekslusif dan classy, sesuai dijadikan dulang hantaran perkahwinan/pertunangan tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar. Harga Sewa hanya rm15 per dulang, kuantiti stok agak terhad kerana ada 9 unit sahaja yang available. Book early to avoid disappointments!
Unique Hand Bouquets
![]() |
Maple Leaf Hand Bouquet |
![]() |
Felt Fan Hand Bouquet |
![]() |
Shower Net Hand Bouquet |
Terdapat pelbagai design hand bouquet di pasaran, samada aritificial atau menggunakan fresh flowers, ia merupakan 'prop' yang penting untuk melengkapkan gaya pengantin perempuan dan juga Si kecil Flowers Girls. SweetnRosy telah diberi peluang untuk mereka beberapa hand bouquet yang unik dan istimewa untuk menghiasi majalah Pesona Pengantin edisi Januari 2013. Sila scroll ke bawah untuk melihat entry-entry hand bouquet yang lain. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila Whatsapp/SMS Kak Lisa seperti di nombor yang tertera di blog ini.
Feather Hand Bouquet
Feathers memang sinonim dengan tema perkahwinan. Keunikan Faethers terserlah di dalam Hand bouquet ini walaupun simple tetapi menarik dan lain dari yang lain. Boleh juga dilihat di ruangan istimewa majlah Pesona Pengantin edisi Januari 2013 yang memaparkan juga design-design hand bouquet unik yang lain yang kebenyakannya diperbuat daripada artificial material. Hubungi Kak Lisa untuk bertanyakan harga dan juga untuk sebarang tempahan.
Langgan:
Catatan (Atom)