Selasa

Cradle Purple & Creme Theme

This photo was taken by a customer from Seremban who is also my dear friend, Wati. Nasib baik ada gambar, that day I forgot to bring my camera pulak...biasalah kalau dh kelam kabut kan. Her theme was purple and cream and she wanted to use cradle03. 

Isnin

Twin Cradles - Blue Theme


Actually sudah beberapa kali saya mendapat tempahan untuk twin cradles tapi lupa nak upload gambar setiap kali... So for those yg interested, inilah rupanya kalau u all tempah dua cradles yg identical. Buat masa ini warna yg available cuma blue and pink sahaja,



Baby Diaper Cake Duckies

New diaper cake design for VIPs. It comes with  88pcs of Mamy Poko diapers, a bib, baby shirt and night pants, a greeting card  and three cute softoys. Suitable for both sexes.

Bunga Telur Foam Peach & Green

Yes...kini bunga telur foam boleh didapati dalam warna peach... Mesti ramai yg excited kan! Puan Anil sgt bertuah kerana warna pilihannya, peach baru je sy dapat dr supplier. Menarik juga combinaton peach and green...in fact dekorasi di kenduri cukur jambul babynya sweet sgt dgn tumpuan warna peach & green di sini sana.

BUnga Telur Foam Yellow & Silver

Bentuk kereta
Bentuk kapal terbang




Warna terbaru yellow dan silver menjadi kegemaran salah seorang customer dari Sabah. Saya sgt sukakan kombinasi warna ini...nice taste!

Ahad

Bunga Telur Yellow & Silver

Pink & Green tema pilihan kenduri cukur jambul yg menarik ini dibuat dalam bentuk baby dress, ballerina dan stroller.  Pasti menyerikan majlis!.  

Sabtu

Hantaran Orange Fresh Flowers

7 dulang hantaran
Sirih Junjung
Al-Quran & Tasbih
Cincin
Perfume
Handphone
LCD TV
Jam tangan


Hantaran yang ditempah oleh Fara dari Bangsar bertemakan Orange & Yellow & Silver ni agak berlainan. saya sukakan kombinasi ini walaupun pada mulanya teragak2 juga. Aunty Fara yg collect that day kata cantik...so I guess cubaan ini berjaya! Thank you Fara for your order and Selamat Pengantin baru dear!  

Bunga Telur Foam Orange


First time someone ordered this colour, I was so excited...coz I've always loved orange. I thought it would go nice with yellow and brown. My customer all the way from Klang came to collect and was overjoyed on seeing her purchase. Fuhhh another satisfied customer...

Bunga Telur Foam Pink Purple

I haven't updated my blog for quite some time now, hehe been such a lazy bum these days! Some of my recent order Bunga telur foam pink & purple theme, in the shapes of baby stroller, baby dress and bear.

Last Minute Hantaran Part 2

Cincin
tafsir & tasbih
sejadah
bekas makanan (baulu, strawberry)

Ini dia hantaran dari sebelah perempuan yang saya telah siapkan dalam masa 2 hari! Simple tetapi menjadi juga, alhamdulillah...bolehlah, asalkan pelanggan berpuas hati! Tetapi tak bolehlah buat selalu kan...memang kelam kabut kita dibuatnya. Lagilah bila semua barang seperti dulang dan bunga-bunga kita juga yang kena cari dan siapkan within a very short time.

Last Minute Hantaran Part 1

Kasut
handbag


kain lace
tepak sirih
barang kemas, cek hantaran & mas kahwin


Kebiasaannya pelanggan perlu membuat tempahan hantaran awal dari tarikh majlis..selalunya sebulan awal dan at least 2 minggu akan diperuntukkan untuk menyiapkan kerja-kerja membuat hantaran. Tetapi ada juga yang terlupa atau terlewat atau terubah fikiran (dah beberapa kali terjadi!) Bergantung pada keadaan, ada kalanya saya terima juga tempahan dari pelanggan yang mempunyai masalah sebegini, dan selalunya saya menasihatkan bahawa hantaran fresh flowers adalah lebih sesuai. Walau bagaimanapun, artificial flowers boleh juga digunakan seperti di dalam gambar  di sini. Bayangkan  saya hanya mempunyai masa 3 hari untuk menyiapkan 5 set hantaran! Yang lagi 2 hari pula untul menyiapkan hantaran sebelah pihak yang lagi satu pula!! Nasib baiklah sedara kita...



      

Jumaat

Bunga Telur Foam Wedding Theme Pink Silver & Cream

Bunga Telur Foam berbentuk baju melayu dan kebaya adalah paling sesuai untuk dijadikan cendera hati majlis perkahwinan. Seperti yang ditempah oleh Cik Murniza dari Seremban, tema warna pink, silver dan cream menjadi pilihannya. Comel dan unik sekali!

Isnin

Sirih Junjung Bertingkat

Kepada sesiapa yang berkenan dengan design sirih junjung yang tinggi (lebih diminati oleh golongan lama) ini adalah design yang sangat eksklusif, kiranya memang impressive la mak mertua and makcik2 tgk suka sangat. Beginilah zaman dulu-dulu sirih junjung selalunya digubah tinggi. Ni saya design untuk hantaran adik saya sendiri so saja mencetus kelainan and up to me lah nak design macamana kan..coz i did it for free hahaha. But jangan terkejut ramai juga golongan muda yang suka sebab nampak traditional jarang dijumpai sekarang...Boleh tempah dari saya kalau anda juga berminat. Fyi sirih junjung ni saya guna daun sirih dan bunga segar sepenuhnya.

Sirih Junjung Round Design



Sirih junjung ni first time saya design walaupun bukan original idea saya...i just try and tgk2 menjadi! Adalah ditambah sedikit sentuhan peribadi. And ramai juga yang memuji cantik...ramai orang minat, so boleh tempah dari saya untuk design sebegini no problem!

Hantaran Fresh Flowers Peach Theme

Sirih Junjung
Cincin
sejadah
Kain Baju Melayu & Sampin
baju kemeja
Perfume set
Chicken Pie
Buah-buahan
  
Cake Fondant

Set Hantaran

Set Hantaran 9 Dulang ini mengikut tema warna peach kejinggaan menggunakan bunga-bungaan segar dan riben gold dan peach sebagai dekorasi penyeri. Terima kasih Cik Nita di atas tempahan saudari dan SweetnRosy mengucapkan Selamat Bertunang dear!


Rabu

Hantaran Bunga Artificial & Kristal Pink & White

wang hantaran, mas kahwin & cincin
telekung sembahyang
kasut dan beg
jam tangan
make-up set
Hantaran yang dihiasi dengan bunga artificial dan bunga kristal ini baru sahaja disiapkan. Ia sesuai untuk rombongan yang perlu melalui perjalanan jauh ke majlis sebelah pengantin perempuan. Semua perkakas yang digunakan di sini boleh disewa di sweet 'n' rosy. Hubungi saya untuk quotation harga.