Khamis

Bunga Telur Foam Sea World Theme

My latest design for Bunga Telur Foam is specially made for Pn Linda who said she wanted a sea world theme for her son's Cukur Jambul function. What you can see here are shapes of a whale, sailboat, angel fish, sea horse, star fish, sea turtle and an octopus. There are plenty more designs but these are just some examples just to get her approval...and she did..here we go 100 customized units for you Linda!

Rabu

Batik Key Chain/Coin Purse Doorgifts



 

These exclusive Batik Key Chain + Coin Purse are so cute and practical as doorgifts for both male and female guests. Click on my Doorgifts section above to check for prices.

Isnin

Doorgift Box for Wedding

Doorgift box di atas adalah khas untuk perkahwinan yang bertemakan Western. Size is approximately 16x 10cm, harganya RM3.00 satu dengan minimum order sebanyak100 pcs.

Kek Lampin Pakai Buang (Diaper Cakes)

Teddy & Caterpillar Green Brown Blue
Hello Kitty Pink & Blue
Hello Kitty Pink & Green
Angry Birds Blue &Peach
Melody Pink & Blue
Tempahan untuk Newborn babies yang terbaru ini semua telah ditempah istimewa oleh sebuah syarikat korporat untuk kakitangan-kakitangan yang baru menyambut kelahiran bayi mereka.  Anda juga boleh menempah dari saya dan akan dihantar terus ke ofis atau kediaman dengan caj minimal hanya sekitar Klang Valley. Kalau pos pun boleh tetapi akan mengambil masa seminggu untuk sampai ke destinasi.  Selain dijadikan sebagai hadiah untuk the new baby, ia boleh juga dijadikan sebagai centerpiece baby shower. Boleh request nak tema atau warna apa as long as its available. Lisa juga boleh customize mengikut budget pelanggan. Harga untuk tempahan ini sekitar RM150-200. Untuk melihat lebih banyak contoh sila klik Newborn Gifts option di atas muka surat ini.

Sabtu

Hantaran Peach and White untuk Disewa

Buah-buahan
Kain Lace
Telekung Sembahyang dan Sejadah
Tolilettries
Coklat
Cincin   
Tepak Sirih


Ini adalah set hantaran pertunangan yang telah disiapkan minggu ini untuk saudara Zahari. Agak kelam kabut juga menyiapkannya sebab customer saya ni beri masa seminggu sahaja. Warna peach memang susah nak cari so I think it's a good challenge and an opportunity to provide rental for my future customers. Bunga yang digunakan adalah artificial tetapi yang menariknya adalah pelbagai tona peach yang digunakan. Hubungi saya untuk price quotation ye...

Bunga Telur Foam Dress Turquoise Blue

BTF untuk majlis cukur jambul anak perempuan juga ada yang bertemakan warna tona biru. Minggu ini tempahan di atas berbentuk baby girl dress pelbagai design telah disiapkan, dan inilah hasilnya...

Ahad

Bunga Telur Foam Purple, Pink and Blue Theme

Bunga telur foam ini semua  telah ditempah oleh Pn Amy Mazzuana dari Banting bertemakan warna dark purple, blue and pink, untuk majlis cukur jambul baby nya.  Dan secara kebetulan telah dipilih untuk memasuki ruangan dalam majalah Senirias dan program fyi Astro Bernama saluran 502 baru-baru ini. So Pn Amy sangat bertuah sebab dua kali bunga telur tempahannya menjadi perhatian media. Inilah keistimewaan bunga telur foam ciptaan saya hehe...lain dari yang lain...Semoga ia kekal sweet, unik dan bernilai.Anda boleh mencuba sendiri sebab saya dah demonstrate dalam tv, klipnya ada saya sertakan dalam entry terdahulu,  Kalau tak ada masa nak buat,  tempah dari saya tapi mesti cepat ok! Harga RM3.00 sahaja sekarang.

Bunga Telur Bear Red and White Theme For Sale

Bunga Telur Red and White Theme ini telah direka khas untuk demonstration dalam majalah Senirias. So kalau ada yang berminat boleh dapatkan dengan harga diskaun RM4.50 sahaja instead of RM5.00 harga biasa. Semua sekali ada 50 unit.

Lollichocs Garden Pot

I made these Lollichocs Garden Pot for a magazine shoot recently as part of a table setting issue. Coklat tu dah banyak kena cabut actually lepas shooting sebab dh distribute bagi kat crew shooting, tu yg tinggal berapa kerat je...silap sebab lambat snap photo. Anyway kalau nak tengok hasil sebenarnya, nantila kita tunggu keluaran Jun or July magazine Senirias. This is a very creative way to make flower arrangement for your hari raya table setting tau...guna combination of artificial  flowers and lollichocs..the colours are so vibrant and so so cute too! Juga sesuai untuk dijadikan hadiah birthday, newborn atau orang sakit pun ok. My price starts from RM25 sahaja satu siap dengan pot sekali and boleh customize warna tema. 

Dulang Hantaran Berukir Kayu Putih


Dulang berkaki kayu putih berukir ini di atas ini memang sangat cantik untuk dibuat dulang hantaran. Size 29x29cm, harga sewanya hanya RM12 sahaja. Sila buat tempahan segera kalau berminat!

Isnin

Bunga Telur Foam - Temuramah Astro Bernama TV

Ini adalah klip temuramah oleh Bernama TV tentang Perniagaan Bunga Telur Foam Lisa yang telah disiarkan malam semalam di channel Astro 502. Buat sementara ni Lisa tunjukkan recording pakai handphone je hehe sebab maklumlah excited sangat dapat masuk tv! Baru sahaja berniaga 1 1/2 tahun dah dpt pengiktirafan sebegini..bangga mak bapak & suami, alhamdulillah... Basically you will get to know how i started this business, my problems and a demonstration on how to make one bunga telur foam design. Happy viewing!


Ahad

Birdcage Veil Sneak Peek Preview

Hi, sudah dua bulan Sweetnrosy cuba menyiapkan produk terbaru yang dipanggil birdcage veil. Ia masih baru di Malaysia, walaupun sering dikaitkan dengan vintage fashion atau fesyen lama yang 'vogue'. Koleksi ini yang dinamakan Veillavouz Collection akan mempunyai official blog yang tersendiri www.veillavouz.blogspot.com yang kini masih dalam pembikinan. Ia akan memaparkan beberapa design birdcage veil yang sesuai untuk perkahwinan atau fesyen pengantin selain majlis cocktail dan special events.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mempromosikan birdcage veil ini untuk butik anda atau ingin menyewa/membeli sila berbincang melalui email. -photography by Marina Mohsein, make-up by Nazliman, modelled by Ena

Khamis

I'm Back in Business

Assalammualaikum n hello to all, so good to be back with a fresh restart. It was a long holiday for me, i had a good rest physically and mentally, one which was spent wisely with family and friends activities.  At the same time I found myself involving in another project that will be shared with you very soon. It's the first ever project done by a local designer ie mua. Still associated with weddings....so do check out my blog again soon!

Isnin

February Break

Assalammualaikum dearest followers and readers of my blog, hope you are enjoying or have had an enjoyable holiday this month. Just to announce to you that I am not able to entertain your orders for this month as I am going away for a long break. Yeap after all those hard work, I think I deserve it, don't I? Please do contact me again come March yea. Anyway kalau ada apa2 pertanyaan lain boleh hubungi saya. Have a good day people..adios..

Rabu

Dulang Hantaran Untuk Disewa

Istimewa kali ini buat bakal pengantin baru adalah dulang hantaran berwarna hitam berbentuk bulat. Dulang ini disewakan pada harga rm15.oo seunit. Jumlah unit di dalam stok adalah sebanyak 11 biji. Tempah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh yang dikhendaki. Jangkamasa sewaan adalah selama 2 minggu.
Posted by Picasa

Selasa

Hantaran Fresh Flowers White, Green & Gold

Hantaran Fresh Flowers Pink & Cream

Hantaran Fresh Flowers Blue & yellow

Khamis

Bunga Telur Foam Blue n Turquoise


Bulan raya juga tidak kurang hebatnya orang mengadakan kenduri sekali dengan jamuan rumah terbuka. Agak sibuk juga saya menyiapkan bunga telur foam ini sebanyak 120 unit untuk Puan Shella dari Sri Hartamas yang memilih warna hijau dan biru sebagai tema kenduri puteranya. Bentuk-bentuk yang boleh dilihat di atas ialah kapal terbang, kereta, buku, botol susu, bola dan smiley face. Semuanya di atas permintaan beliau. Semoga berjalan lancar kenduri puan nanti ya!
Posted by Picasa

Rabu

Sirih Junjung Tophat Turquoise n Blue


Design sirih junjung yang sangat popular dari sweetnrosy, biarpun telah diperkenalkan lebih dari 5 tahun lepas masih lagi diminati. Baru-baru ini tophat design ini bertema turqoise menjadi pilihan Laydiefa dari Kemensah untuk majlis pertunangannya. Congrats Iefa!
Posted by Picasa

Khamis

HAMPER HARI RAYA


Assalammualaikum, selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga sabar menempuhi ujian dan menjalankan ibadah yer. Bulan ni istimewa sikit, sweetnrosy menawarkan perkhidmatan membuat hamper untuk individu dan korporat. Contoh-contoh hamper ada ditunjukkan dalam gambar di atas. Harga yang ditawarkan ada tiga - RM75, RM85 dan RM95.

Antara isi hantaran adalah Biskut Raya, Kek Lapis, non- alcoholic grape drinks, energy drinks, kekacang, chocolate dan kurma. Tema hamper sweetnrosy adalah berdasarkan warna-warna segar dan ceria. So kalau berminat sila tempah at least seminggu sebelum okay?Penghantaran sekitar Lembah Klang adalah percuma jika order lebih dari 2 set. Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.
Posted by Picasa

Isnin

Bunga Telur Bear Pink & Cream, Blue & Cream

Pink and Cream Theme
Blue and Cream Theme

Comel comel comel! Tak kira warna apa yang menjadi tema majlis anda, bunga telur bear pasti menawan hati tetamu anda. Harga terkini ialah RM4.00 setiap satu dan extra charge 50 sen sekiranya mahu chocolate atau telur dimasukkan ke dalam net. Sesuai untuk bermacam2 majlis seperti cukur jambul, hari jadi,  pertunangan dan perkahwinan. Jangan lupa, tempah awal-awal supaya dapat disiapkan on time dan  memastikan hasil yang memuaskan ok!

Bunga Telur Foam Pink n Purple

baby dress
baby milk bottle
butterfly
muffin

Sekadar meng-update bentuk terkini bunga telur foam daripada set bunga telur yang telah diorder baru baru ini. Harga tetap adalah  RM3.00 untuk bunga telur dan net. Bentuk foam sekarang semakin dipelbagaikan dan size juga telah diperbesarkan. Jika ingin telur atau chocolate diletakkan siap2 di dalam net, ada extra charge 50 sen seperti biasa. Anda dinasihatkan untuk order lebih awal kerana saya memerlukan seminggu untuk menyiapkan setiap 50pcs. (Itupun sekiranya tiada tempahan lain) Ambil perhatian juga bahawa kerja pembuatan hanya akan dimulakan setelah bayaran deposit diterima. Bunga telur foam ini memang unik dan hanya boleh didapati di sweetnrosy, so kepada yang menggemari favors yang comel2 serta lain dari yang lain jangan lepaskan peluang ye!  

Berita Harian 3 July 2010


Hi, saja ingin berkongsi info dgn blog viewers saya. Baru-baru ini Berita Harian telah merakam demonstrasi saya membuat sirih junjung. First time masuk surat khabar kira meletup juga la walaupun baru 6 bulan menjalankan bznes online. Saya pun nak buat ucapan la macam ni. Thank you to those who have helped and supported me, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki!

Selasa

Sirih Junjung Gold n Bronze Theme


Kali ini saya feature kan gubahan sirih junjung terbaru untuk hantaran bertemakan Bronze dan Gold. Pada asasnya Bunga yang digunakan adalah mawar dan orkid. It's an elegant and contemporary design that will definitely make your hantaran extra-looking good!
Posted by Picasa